Tuesday, November 8, 2011

Nyamuk Aedes, Demam Denggi

Musim-musim hujan ni memang ler banyak nyamuk..kesian kat anak-anak 2 orang tu..selalu kena bahan nyamuk...harap-harap bukan la nyamuk aedes..
Tapi kan bercerita pasal nyamuk ni aku cukup takut kalau ada nyamuk aedes...Kadang-kadang kita x tahu kita kena gigit dgn nyamuk jenis apa...x tahu apa simptom2 nya..
kat sini aku cuba kongsikan serba sedikit pasal aedes ngan denggi..


Apa itu Demam Denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?
Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.
Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini. 

Kitaran hidup nyamuk aedes

Tengok la nyamuk ni...dari sekecik ni


jagi begini

 Tengok tu..kenyang sudah..geramnya tengok..kalau ditenyeh sedap tu...darah pun menyembur keluar...

Banyak tempat sebenarnya nyamuk ni boleh membiak...antara tempat-tempat feveret nyamuk ni membiak ialah:
  • Dalam kolah bilik mandi.
  • Dalam tempayan.
  • Pada pengalas pasu bunga.
  • Di dalam tangki septik.
  • Peti sejuk yang menempatkan bekas tadahan air.
  • Di dalam tayar buruk.
  • Tong atau deram berisi air.
  • Di dalam tempurung, buluh, botol dan apa-apa yang boleh menyimpan air.
  • Di dalam tempurung kelapa yang terbelah.
  • Di atas genting rumah. Di dalam buluh yang terbelah

Antara simptom-simptom mereka yang dijangkiti demam denggi:
  • Demam kuat secara mengejut.
  • Demam berterusan.
  • Sakit teruk pada tulang-tulang, otot, sendi dan biji mata.
  • Ruam atau bintik merah di kulit.
  • Pendarahan di bawah kulit dan pada hidung serta gusi.
  • Sakit kepala.
  • Ruam merah di kulit.
  • Hilang selera.
  • Muntah-muntah.
  • Sakit perut.
 So abang-abang, kakak-kakak, kawan-kawan semua, kalau ada anak-anak kita @ sedara mara kita yang ada simptom2 ni, bwk la cepat2 jumpa doktor...coz sekarang ni macam-macam penyakit ada..x boleh lengah2...Harap sangat jgn ada diantara keluarga kita semua yang menjadi mangsa nyamuk ni..So semua marilah kita sama-sama musnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes ni...

Cara mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:
  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau    masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
  • Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.
  • Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.
  • Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.  

1 comment: