Wednesday, February 22, 2012

Happy Birthday My Princess

Tarikh hari ini 22/2/2012 pada tahun lepas lahirlah seorang anak yang diberi nama Nurul Ain Hamizah binti Muhammad Tarmidzi..Kelahiran si cilik ni mmg banyak meninggalkan kenangan pahit, manis, masam semua cukup untuk diingati..

Kronologi kelahiran:

22/2/2011
4pg..masa ni dah mula sakit tapi tak kerap sangat..dalam 10 minit datang sakit pas tu hilang..x per la tahan jer coz x der keluar tanda apa2 pun...boleh tahan jugak sakit dier..

5.50pg..masa ni elok habis je azan subuh terasa macam ada keluar sesuatu..bila check dah keluar tanda dah..keluar darah tapi x banyak...mandi siap2 pas tu tunggu cik suami ni mandi ngan solat..

7pg..siap2 nak pegi hospital Kuala Kubu Bharu..pegi hospital ni main redah jer coz hari tu hospital slim river dah bagi green light cuba untk bersalin normal..masa taufiq hari tu lst minit kena ceaser...masa ni taufiq tgh tido, angkut je masuk dalam keta dan masa ni jugak sakit makin kerap, boleh kate x sampai pun 5 minit sekali..

sampai2 je hospital kuala kubu, pegi daftar semua, sekali nurse tu check kat buku pink tu, anak pertama operate, so diorg x berani amik risiko utk bersalin kat situ coz itu hanya hospital daerah..then check bukaan baru 4cm..diorg kate kalau dah bukak 6cm diorg cuba jgk la utk bersalin kat situ, maka diorg pun call la hospital selayang dan alhamdulillah kat selayang masih ada kosong...hai naik ambulance lagi aku...masa taufiq dulu dari hosp. tg karang ke hosp. sg buluh..adik pulak dari hosp. KKB ke Hosp. selayang plk..anak ke 3 nnti? hehehe..

10.30pg...naik ambulance ke hosp. selayang..nangis2 taufiq nak ikut naik ambulance...dier abah dier dah siap mandikan kat hosp. KKB tu...laju gile..pkl 11pg dah smpai selayang..yang si suami ni pun bukan main naik syok lenjan keta ikut bontot ambulance...dier kate bukan selalu dapat bwk laju cam tu..

12.30tgh..diorg start pecahkan air ketuban dan hantar ke labour room..masa ni dah start sakit kuat dah...rasa cam aduyai...masa tu baru bukak 5cm..nurse tu kte mgkin dalam setiap sejam baru 1cm..kalau nak tunggu 10cm x kan kena tgg 5 jam lagi..masa tu dah x ingat apa dah..dok la baca doa nabi yunus tu...husband kate dier abih baca yassin 5x kat sebelah..dalam pkl 3ptg cam tu dr sok dier kuar jap, nak check..masa tu dah bukak 8cm..tetiba rasa cam nak terberak sgt...bgtau kat diorag "saya nak terberak" dan2 tu diorg panggil husband masuk..alhamdulillah jam 3.25ptg dengan 4 kali teran keluar la baby ni...masa tu cam alhamdulillah..

tapi ada pengalaman yang buat aku agak serik tu adalah...lepas dah diorang amik adik, cuci semua, tiba la masa utk dr tu jahit..dah la dr tu punya mulut mak ai..membebel marah dr pelatih coz dir kate dier kena repair balik, luka agak banyak..aku x kisah la lagi, boleh tahan siap tanya lama lagi ke dr..dier jawab boleh tahan la, bnyak nak kena repair ni..pas tu setengah jalan boleh pulak tu.."alamak..ada darah beku la..3 tempat ni.."aku lagi la ah sudah apa hal pulak ni..dr tu soh tunggu dr pakar pulak..dr pakar datang tetas skit..pas tu mula la azab aku...dier letak antibiotik kat kain kasa pas tu sumbat kat aku punya tu..nauzubillah masa tu punya sakit...memang mengalir air mata..dr tu tgk cam aku sakit sgt dier bagi ponstant...dah la tu pasang tiub air kencing lagi..diorg letak antibiotik tu utk elakkan darah beku tu lagi membesar...aduh mak aiii..kalau di ingat balik mmg serik rasanya..baik aku operate...tapi dah baik ni hilang jugak la serik tu..hehehe..

ni la dier anak dara tu...




Dier ni masa lahir sampai umur 6 bulan tu badan nmpak semangat jugak..tapi makin besar makin kecut pulak aku tgk..hai la dik...mane x nyer...lasak kemain lagi..ikut je abg buat apa..memanjat tok sah cite...pandai panjat tinggi2 pas tu x reti nak turun..geram je aku..tapi yg lagi masalah..sampai sekarang dier x mau pakai puting botol...means kalau kat taska tu diorg terpaksa bagi minum susu pakai picagari...ikut suka la dik janji susu masuk dalam perut..yang pastinya anak dara ni mmg kuat makan..bagi la apa sahaja semua dier telah..paling suka benda keras2 macam keropok @ biskut padahal gigi baru ada 4 batang jer...alhamdulillah jugak sampai usia dier 11 bulan susu mmg minum susu ibu penuh..masuk 12 bulan baru aku campur...



  Mak ai kali ni punya entry bukan main panjang..dah la tu..penat la nak tulis...saje buat coretan kat sini.kot2 la lupa pengalaman tu, boleh refer balik kat sini..hehehe

ok la adik..untuk penutup ummi ucapkan SELAMAT HARI LAHIR yang pertama buat anakku Nurul Ain Hamizah binti Muhammad Tarmidzi...ummi doakan semoga adik anak yang hebat, yang patuh dan taat perintah Allah, perintah Rasul, kasih dan sayang pada ummi dan abah..jadilah anak yang solehah yang boleh menjadi pembimbing di masa hadapan..ummi, abah dengan abang Taufiq sayang sangat kat adik..



pssttt.. mungkin ada yang perasan tanda merah kat pipi adik tu..insaallah akan ku ceritakan di entry yg akan datang..itupun kalau ingat...heheheh

Monday, February 13, 2012

Jalan-jalan

Dah lama tak update blog ni..rasa macam banyak cerita tapi ntah la malas betul nak menulis...Isnin masa cuti maulidul rasul hari tu berkesempatan nak pergi jalan-jalan..pegi 2 kereta..pergi pun lepas abah habis dialisis..percutian yang x dirancang..sabtu decide, ahad book hotel ,isnin pergi...ktrg pergi teluk batik dengan pulau pangkot jer...isnin check in di Marina cove...selasa tu pergi pulau pangkar nak kat marina island..tak sampai 10 minit dah sampai pulau pangkor..tapi gambar x banyak..sebabnya..malassss sungguh nak keluarkan camera ni....cuma ada beberapa keping jer..yang lain ada dalam hp si farha tu...





Dua budak cenonit yang kepenatan setelah berendam dalam pool

 Dalam pukul 6 petang ktrg pegi lepak dekat pantai teluk batik pulak..semua adik beradik pegi cuma abg sorang je yang x join..seperti biasa gambar adalah tiada disebabkan org yang ditugaskan utk amik gambar pegi shopping pulak..

Ni pulak gambar hari selasa masa nak pegi pulau pangkor...tapi gambar kat jetty ke..lepas tu camera simpan dalam beg...hehehhe..










Dah la tu..tu jer pun gambar yang ada ..x per kita abiskan cerita ni ngan gambar budak ala tomey2...huhuhu...


Tuesday, November 8, 2011

Birthday Boy punya cerita

Apa la punya ummi..cerita dah sebulan lepas dah baru nak upload..hai pemalas lipas skang ni nak upload cerita..cerita banyak tapi malas nak menulis..ni mood baru mari baru nak tulis...

12/10/2011 yang lepas genap 3 tahun usia anak lelakiku itu...tahun ni celebrate kat Taska jer..lagipun abahnya x der kat sini..so beli kek potong ngan kawan-kawannya...


Sekarang ummi ada port feveret untuk tempah kek...Selain tempah kat k.anis ler..kat Sheriz Delight Ketoyong...Choc. Moist dier boleh tahan sedapnya...


 Birthday boy baru nak tiup lilin sambil kawan-kawan nak nyanyi lagu

kawan-kawan pun sporting lagu happy birthday to u sambil x sabar nak makan kek..

Sedang merenung keknyer...

Tahun ni kita sambut 3 orang jer la yer abang Taufiq


Cikgu-cikgu tolong potong & agihkan kat kawan-kawan...Terima kasih cikgu..

Selamat Hari Lahir Anakku Muhammad Taufiq bin Muhammad Tarmidzi..Ummi dan abah doakan semoga Taufiq  menjadi anak yang Soleh, yang patuh dan taat perintah Allah, sayang & kasih pada ummi dan abah, abang contoh pada adik....tiada apa yang dapat ummi berikan hanya iringan doa dan harapan semoga Taufiq membesar menjadi anak yang berguna dan berjasa pada Agama, Bangsa dan keluarga...

 

Nyamuk Aedes, Demam Denggi

Musim-musim hujan ni memang ler banyak nyamuk..kesian kat anak-anak 2 orang tu..selalu kena bahan nyamuk...harap-harap bukan la nyamuk aedes..
Tapi kan bercerita pasal nyamuk ni aku cukup takut kalau ada nyamuk aedes...Kadang-kadang kita x tahu kita kena gigit dgn nyamuk jenis apa...x tahu apa simptom2 nya..
kat sini aku cuba kongsikan serba sedikit pasal aedes ngan denggi..


Apa itu Demam Denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?
Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.
Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini. 

Kitaran hidup nyamuk aedes

Tengok la nyamuk ni...dari sekecik ni


jagi begini

 Tengok tu..kenyang sudah..geramnya tengok..kalau ditenyeh sedap tu...darah pun menyembur keluar...

Banyak tempat sebenarnya nyamuk ni boleh membiak...antara tempat-tempat feveret nyamuk ni membiak ialah:
  • Dalam kolah bilik mandi.
  • Dalam tempayan.
  • Pada pengalas pasu bunga.
  • Di dalam tangki septik.
  • Peti sejuk yang menempatkan bekas tadahan air.
  • Di dalam tayar buruk.
  • Tong atau deram berisi air.
  • Di dalam tempurung, buluh, botol dan apa-apa yang boleh menyimpan air.
  • Di dalam tempurung kelapa yang terbelah.
  • Di atas genting rumah. Di dalam buluh yang terbelah

Antara simptom-simptom mereka yang dijangkiti demam denggi:
  • Demam kuat secara mengejut.
  • Demam berterusan.
  • Sakit teruk pada tulang-tulang, otot, sendi dan biji mata.
  • Ruam atau bintik merah di kulit.
  • Pendarahan di bawah kulit dan pada hidung serta gusi.
  • Sakit kepala.
  • Ruam merah di kulit.
  • Hilang selera.
  • Muntah-muntah.
  • Sakit perut.
 So abang-abang, kakak-kakak, kawan-kawan semua, kalau ada anak-anak kita @ sedara mara kita yang ada simptom2 ni, bwk la cepat2 jumpa doktor...coz sekarang ni macam-macam penyakit ada..x boleh lengah2...Harap sangat jgn ada diantara keluarga kita semua yang menjadi mangsa nyamuk ni..So semua marilah kita sama-sama musnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes ni...

Cara mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:
  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau    masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
  • Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.
  • Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.
  • Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.