Tuesday, November 8, 2011

Nyamuk Aedes, Demam Denggi

Musim-musim hujan ni memang ler banyak nyamuk..kesian kat anak-anak 2 orang tu..selalu kena bahan nyamuk...harap-harap bukan la nyamuk aedes..
Tapi kan bercerita pasal nyamuk ni aku cukup takut kalau ada nyamuk aedes...Kadang-kadang kita x tahu kita kena gigit dgn nyamuk jenis apa...x tahu apa simptom2 nya..
kat sini aku cuba kongsikan serba sedikit pasal aedes ngan denggi..


Apa itu Demam Denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?
Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.
Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini. 

Kitaran hidup nyamuk aedes

Tengok la nyamuk ni...dari sekecik ni


jagi begini

 Tengok tu..kenyang sudah..geramnya tengok..kalau ditenyeh sedap tu...darah pun menyembur keluar...

Banyak tempat sebenarnya nyamuk ni boleh membiak...antara tempat-tempat feveret nyamuk ni membiak ialah:
  • Dalam kolah bilik mandi.
  • Dalam tempayan.
  • Pada pengalas pasu bunga.
  • Di dalam tangki septik.
  • Peti sejuk yang menempatkan bekas tadahan air.
  • Di dalam tayar buruk.
  • Tong atau deram berisi air.
  • Di dalam tempurung, buluh, botol dan apa-apa yang boleh menyimpan air.
  • Di dalam tempurung kelapa yang terbelah.
  • Di atas genting rumah. Di dalam buluh yang terbelah

Antara simptom-simptom mereka yang dijangkiti demam denggi:
  • Demam kuat secara mengejut.
  • Demam berterusan.
  • Sakit teruk pada tulang-tulang, otot, sendi dan biji mata.
  • Ruam atau bintik merah di kulit.
  • Pendarahan di bawah kulit dan pada hidung serta gusi.
  • Sakit kepala.
  • Ruam merah di kulit.
  • Hilang selera.
  • Muntah-muntah.
  • Sakit perut.
 So abang-abang, kakak-kakak, kawan-kawan semua, kalau ada anak-anak kita @ sedara mara kita yang ada simptom2 ni, bwk la cepat2 jumpa doktor...coz sekarang ni macam-macam penyakit ada..x boleh lengah2...Harap sangat jgn ada diantara keluarga kita semua yang menjadi mangsa nyamuk ni..So semua marilah kita sama-sama musnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes ni...

Cara mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:
  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau    masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
  • Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.
  • Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.
  • Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.  

Monday, September 26, 2011

PORTLUCK RAYA TASKA PERMATA UPSI



Jumaat lepas 23/9/2011 Taska Permata UPSI adakan jamuan raya berkonsepkan portluck....mak ayah diminta untuk membawa makanan untuk dijamu bersama para ibu bapa dan anak2..aku selaku ibu kepa 2 budak manja ni, maleh nak fikir panjang2 tempah kek je..moist chocolate cake macam yanag aku tempah masa jamuan raya ofis hari tu...maleh nak bergelut pagi2 nak masak lagi, nak siap2 budak2 ni lagi...tempah je la senang...majlis dimualkan pukul 12.15 tghr...meriah gak la..macam2 makanan ada..ada la skit gambar buat kenangan... 


Buah hati ummi...tahun ni abah x der...  


3K


Ibu & Abg Faidhi

Mama & Kakak Fifie


Kakak Fifie & Adik Mizah

X banyak pun amik gambar...sibuk makan jer...ada lagi gambar yang dah diupload kat FB..saja nak tunjuk kat anak2 bila besar nnti...moga besar nnti pun diorg rapat cam ummi, ibu & mama diorang ni...
 

Wednesday, September 7, 2011

Tuesday, September 6, 2011

Salam AidilFitri

Salam Aidilfitri buat semua...Ya Allah lamanya aku x update blog ni...mula2 dulu lepas bersalinkan Hamizah ingatkan nak update blog nak masukkan gambar si tembam tu..tapi sebabkan kemalasan yang melanda sampai ke raya ni baru nak update...punya la pemalas piang...x per la sape nak tgk gambar si tembam tu ada kat FB...

Raya tahun ni kami raya kat Jabor, Kuantan...balik pun malam raya coz husband masih keja isnin tu...wah merasa aku balik malam raya, tapi x syok coz jalan x jem..nak gak rasa jalan jem gila2 balik raya, baru terasa balik raya tu...hahahhaa...petang raya ke2 dah balik sekinchan dah..balik lewat petang bagi redup2 skit...tapi yang best mak snggup lagi masak ketupang rendang semua bagai...dengar juga rayuanku ni wahai bondaku sayang...

Gambar family belah husband..tapi x cukup ahli..abah x der g umrah, family k.ngah x der raya kat bangi, ngan udin kat mesir

Family kecil kami...ala si kecik ni tengok tempat lain pulak..

Budak baju melayu coklat ni manja betul..x padan dah jadi abang...sikit2 nak nangis..nasik baik ummi ko ni penyabar skittt je orangnyer..kalau x ada yang makan tangan...


Inilah buah hati aku si tembam itu...NURUL AIN HAMIZAH BINTI MUHAMMAD TARMIDZI...meh kasi close up skit...

Ni jap lagi mau kalah si abang ni..kuat maka gak minah ni...kalau kita bawak mangkuk depan dier, siap2 nganga2 mulut tu....x per dik, nnti jaga abang tu..cekeding je abg tu...jgn kamu buli sudah...

Tapi gambar family kat sekinchan x amik pulak..masing2 bz buat apa ntah..cuma raya ke3 tu ktrg pusing dari lepas zuhur sampai ke malam..dari sg besar sampai bukit talang (kg raja musa)...ada jugak amik gambar tepi sawah tempat cite nur kasih yang versi drama tu berlakon..konon2 nak singgah umah si nur tu tapi cam melampau sgt pulak...

Jom...sapa mau ikut saya..

Kalau rempit best gak ni..

Aku ngan adik pompuanku....adik ipo tengah melantak kat dalam...hahaha sorry linda..

Si abang ni pun sibuk nak amik gambar kat sawah jugak....

Muka si abang ni ada cam muka aku x........

Si adik pulak bergambar ngan abah..same x muka mereka...huhuhu..


Meh tgk dekat skit......




Ini pulak 2 gambar si tembam...lain tembam tau...satu NURUL AIN HAMIZAH...satu NURIN ABYATI MOHD NAZIM...

Itu jer la citer2 raya tahun ni...hari sabtu dah balik tg malim dah...hari sabtu tu pun sepupu2 tersayang ada balik kg, tapi masing2 punya melantak sampai x amik satu gambar pun...umah bukan main riuh rendah cam PECAH..MASING2 ADA CAMERA GODANG, TAPI BILA JUMPA KETUPAT SEMUA DAH X INGAT CAMERA..APA DAAA...hehehehe...

Thursday, January 13, 2011

Hari Terbuka TASKA & Penyampaian Rekod Perkembangan Kanak-Kanak

Teruja aku nak amik Rekod Perkembangan si Taufiq ni...baru first time TASKA buat ni...rekod ni masa Taufiq kelas 1-2 tahun hari tu iaitu tahun lepas...aku ngan hubby jumpa pengasuh Taufiq, tanya la ktrg ni macam2 pasal perkembangan Taufiq sepanjang setahun dier kat kelas tu...tu baru kelas setahun..kalau nak amik report kad anak masa darjah 1 nnti cam ne la agaknyer yer...













Hantu Durian

Ini budak boleh geng sama ummi dier...dapat durian dah x kisah benda lain dah...takut gak nak bagi makan banyak2 tapi alhamdulillah...lebih 7 ulas gak bagi makan, pastu bagi minum air kat ruas durian tu...agaknya dari dalam perut lagi dok makan durian tu yang kira kebal gak tu...hahahaha...taufiq...taufiq...